BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 12, 2011

MANUSIA TIDAK BOLEH HIDUP TANPA TEMAN

     Perjalanan hidup manusia tertakluk kpd memelihara 2 bentuk hubungan iaitu Allah (hablumminallah) dan sesama manusia (hablumminannas).


    Secara fitrahnya,manusia tidak boleh hidup keseorangan,sperti mana Adam a.s memerlukan teman iaitu Hawa meskipun telah dilimpahi pelbagai kenikmatan dan kesenangan di syurga.Kita saling memerlukan di antara satu sama lain dan saling bergantungan utk meneruskn survival kehidupan.


    Dalam Islam,konteks pergaulan cukup luas dan mencukupi segenap aktiviti harian kita seperti dlm urusan jual beli,kerja,belajar,perubatan,pnyaksian di mahkamah dan sebagainya.


    Kita digalakkan utk saling mengenali antara satu sama lain dan ini amat bertepatan dgn firman Allah SWT di dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yg bermaksud:


"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakn kamu dari LELAKI dan PEREMPUAN,dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak,supaya kamu berkenal-kenalan(dan beramah mesra antara satu sama lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yg lebih takwanya di antara kamu,(bkn lebih keturunan atau bangsanya).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan lagi Maha Mendalam Pengetahuannya(akn keadaan dan amalan kamu).


~Wallahualam~
(gambar tidak dpt diupload krna masalah teknikal.Segala kesulitan yg berlaku amat dikesali.)

0 comments: