Monday, October 24, 2011
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan juga menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat, iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT?
- Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup AURAT.
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah.
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya.
- Sering membantu suami@keluarga dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa.
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang.
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi dewasa.
- Bersikap baik terhadap tetangga.
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami.
- Sentiasa menyenangkan suami.
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah.
- Tidak bermasam muka di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur.
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami.
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran.
- Tidak menerima tetamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga..
Posted by Mohd Faizul at 5:07 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



0 comments:
Post a Comment