BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, November 30, 2011

DI SEBALIK KEJADIAN TSUNAMI DI JEPUN





Di bawah ini adalah pengiraan angka mengikut Al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran itu adalah mukjizat dari Allah S.W.T yang di turun kepada Nabi Muhamad S.A.W untuk panduan umat manusia di akhir zaman ini. Marilah kita sama-sama merenung kembali dan ambil pengajaran dari apa yang telah berlaku.

Tarikh yang berlaku adalah 11/3/2011 bersamaan 6 Rabiulakhir 1432 Hijrah atau 6/4/1432

Awalan angka tahun 1432 Hijrah adalah angka 14
Maka angka 14 adalah Juzuk ke 14 dalam Al-Quran

Bulan 4 (Rabiulakhir)
4 adalah angka bagi ayat Al-Quran yang ke 4.

Rujuk Al-Quran:-
Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan:-

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

Dan ini pula akhir angka tahun 1432 Hijrah adalah angka 32
Awalan angka 32 adalah angka 3
Kedudukan geografi bagi jepun adalah  Latitiude 36, Longtitude 138
di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
jawapan 2+1= 3
jawapan 3 adalah awalan bagi angka 32 bagi angka tahun 1432 hijrah

bagi kedudukan geografi  wilayah jepun sendei pula adalah Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
maka 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
jawapan 3+0=3
jawapannya adalah sama seperti jawapan diatas

seterusnya dengan tarikh 6hb. Masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..
1+4+4+6 =15
jawapan 1+5 = 6
 maka jawapan adalah sama dengan tarikh kejadian yang berlaku.

seterusnya 1432 apabila di pecahkan 1432, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 14 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. maka angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

betapa benarnya ayat Al-Quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Al- Quran di turunkan.
Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.
Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya
Wallahhu alam.
Di persilakan untuk share. bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.


kongsi artikel ini dengan rakan anda 


SUMBER:
http://republicofmonggol.blogspot.com

Monday, November 28, 2011

~CAPTAIN JACK SPARROW SEBENARNYA ORANG ISLAM~


RUPA-RUPANYA watak asal Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp dalam siri filem francais “Pirates of the Caribbean” adalah merupakan orang Islam. Captain Jack Sparrow berasal dari England, setelah memeluk Islam dikenali sebagai Yusuf Reis.

Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.


Cerita mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini bukanlah rekaan, tetapi adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb yang selalu keluar rancangan beliau iaitu Inner Dimension di Radio IKIM , juga beberapa rancangan lain di TV Al Hijrah. Cumanya cerita “Pirates of the Caribbean” itu banyak rekaan dari fakta yang sebenarnya.

Sedikit maklumat mengenai siapa Imam Suhaib Webb ini dalam artikel saya sebelum ini bertajuk Para Khatib di Malaysia patut malu dengan Mualaf ini di
http://waghih.blogspot.com/2011/04/para-khatib-di-malaysia-patut-malu.html

Nampaknya banyak sejarah telah diputar belitkan oleh mereka yang berkepentingan. Tidak salah kalau kita mengkaji balik kesahihan sejarah kita, bukan sahaja setakat sejarah komunis di Malaysia, tetapi sejarah kenapa Tanah Melayu dijajah.


Kalau dulu ada yang mengatakan Tanah Melayu dijajah oleh Portugis, Sepanyol dan Inggeris kerana rempah, tetapi akhir-akhir ini banyak penemuan yang mengatakan Tanah Melayu telah dijajah kerana umat Islam di Tanah Melayu pada ketika itu mempunyai peralatan, persenjataan , teknologi yang canggih manggih seperti yang ada di Blog Khazanah Melayu di http://artifakmelayu.blogspot.com (maaf,mungkin sudah dibuang blognya)

The Legend of Captain Jack: From Birdy to Sparrow May 19, 2011

In the late 16th century a young boy collecting scraps of wreckage from the docks wondered if he’d ever leave Faversham in the borough of Kent, the hottest place in the entire United Kingdom. It was a marshy place of little importance to anyone but the brigand. Its docks were a haven for smugglers and pirates and other such unsavory folk. That boy was John Ward, whose dreams would one day come true, though perhaps not in the way he had wanted; he would become Jack Birdy, the most fearsome pirate in the world, and towards the end of his life, Yusuf Reis, penitent Muslim, wealthy beyond any man’s dreams, spending the remainder of his life in his Tunisian palace.

The legendary Captain Jack Birdy, once sung about by every balladeer in England, might have all but been forgotten, yet his memory remains as the spirit behind the fictional character Captain Jack Sparrow played by Johnny Depp in the “Pirates of the Caribbean” film franchise. Who was Johnny Ward, the child rummaging through the fishing docks of Faversham? Who was John Ward, the British Naval officer? Who was Captain John Ward, the privateer endorsed by the Crown of England? Who was Captain Jack Birdy, the privateer turned pirate betrayed by that same Crown? And finally, who was Yusuf Reis, formerly Captan Jack Birdy, formerly Captain John Ward, who would rescue thousands upon thousands of Spanish Jews and Muslims fleeing the Moriscos and Conversos expulsion of the 16th and 17th centuries?These were all one man. With so many characters wrapped in one, the stories of his adventures are exponentially more exciting than anything a Hollywood film could capture.

Cerita penuh hasil kajian Imam Suhaib Webb mengenai Captain Jack Sparrow ini dihttp://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/

di petik dari artikel   http://www.ibnuhasyim.com

Saturday, November 26, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI



Mesti ramai yg tidak tahu apa kelebihan apabila kita membaca ayat kursi.Sebenarnya aku pun tidak tahu apa kelebihan ayat kursi nih(x leh jwb mase senior tanye..hee)search punya search dh jumpa pon...Skrng aku share pulak ilmu ni dgn korang..


1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi


2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdak akan memasuki rumahmu


3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat


4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...


5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. 


Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat..
InshaAllah.


Saturday, November 19, 2011

Pernahkah anda bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan seharian. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain.
Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:
1. Kenduri Tahlil. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.
Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kenduri Kahwin. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus(kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan dia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau dia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si mati, kita patut memberi sedekah dan kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Pakaian Cantik. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau majlis-majlis rasmi, kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah mahu pun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Adab Tetamu. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan dijamu makan, kita rasa segan nak makan, malu-malu kucing kononnya malu dan beradab, sedangkan yang dituntut tetamu harus banyakkan makan dan habiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir. Perangai tinggal makanan tak habis dah jadi budaya orang kita.
5. Solat Sunat. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak dan solat fardhu yang digalakkan berjemaah di masjid.
6. Bulan Puasa. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan, tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam, akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Ibadah Haji. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
8. Pendidikan Anak. Semua ibu bapa amat bimbang kalau anak mereka gagal dalam peperiksaan. Maka dihantarlah anak ke kelas tuisyen walaupun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Al-Quran atau tak pandai hukum hakam agama, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen mengaji Al-Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM70.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM50.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih bimbang jika anak tidak dapat baca Al-Quran atau solat dari tidak lulus peperiksaan.
9. Mencari Rezeki. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak memperhambakan diri padaNya segan dan malas.
10. Hiasan Isteri. Seorang isteri kalau nak keluar rumah sama ada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah, pakai kain batik atau biasa-biasa saja. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Wallahualam.

Friday, November 18, 2011







Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram.Di waktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."


Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan teladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi,:

" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)




Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Tuesday, November 15, 2011

WUDHU' SERTA NIAT



1.basuh tgn hingga pergelangan tangan
~baca bismilllah...

2.kumur mulut.
~lancarkan lidah ku ketika membaca ayat suci MU..

3.basuh hidung
~baukan hidungku bau2an syurga MU..

4.basuh muka
~shja aku mngangkat hadas kecil kerana ALLAH Taala..
~bersihkn mukaku dr kotoran dunia..
~putihkan muka ku sepertimana KAU putihkan muka ahli2 syurga..


5.tangan hingga ke siku..kanan.

~tamatkan hari pembalasan dr tangan kanan ku.

tangan hingga ke siku..kiri.
~percepatkan hari pembalasan dr tangan kiri ku.

6.basuh umbun kepala.
~lindungilah kepala ku dr cahaya matahari pada hari akhirat kelak.

7.basuh telinga. kanan dan kiri
~perdengarkan telingaku ayat2 suci MU.
8.basuh kaki. kanan dan kiri
~percepatkn langkahan kaki ku dititian mustakim.



Selamat beramal..:)

Monday, November 7, 2011

::::::::APA GUNA::::::::

Apa guna jadi lelaki kacAK, kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK~
Apa guna jadi perempuan cantIK, kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celIK~
Apa guna umur besar panjANG, kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG~
Apa guna Allah bagi hidaYAH, kalau nak solat pun sikit punya paYAH~
Apa guna jadi manusIA, kalau umur Allah bagi kita sia-sIA~
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH~
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR ~


"peringatan saja bukan untk menyalahkan orng2 tersebut" :)