BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 28, 2011

BUKTI ILLUMINATI MMPRSIAP PERANG



Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca sekalian.Aku telah menerima teguran demi teguran yg membuatkan aku berfikir panjang dan membuat keputusan berhenti disini.Sesungguhnya Allah sememangNya Maha mengetahui.Aku memohon maaf di atas segala ketelanjuran.Ini adalah entri terakhir... hanya satu pandangan peribadi.... aku tidak meminta anda menerima bulat-bulat apa yg ingin aku sampaikan tetapi aku harap janganlah ditolak bulat-bulat tanpa membuat penyiasatan.

1)Penjenyah yg bagus adalah penjenayah yg tidak meninggalkan sebarang bukti setelah melakukan jenayah tetapi penjenayah yg hebat adalah penjenayah yg meninggalkan bukti palsu dan berjaya membuat org yg menemui bukti itu mempercayainya dan kemudian mengambil keputusan yg salah namun begitu penjenayah yg hebat selalunya mempunyai tabiat buruk mereka selalunya akan meninggalkan tanda kerana ingin menunjukkan kehebatannya

Illuminati bukan calang2 penjenayah bahkan mereka merupakan “orang2 penting” dalam bidang undang2 hampir dikebanyakkan negara di dunia meraka memang handal dlm membuat konspirasi dalam konspirasi tetapi tabiat buruk mereka selalunya meninggalkan “tanda-tanda”

Illuminati mereka selalunya meninggalkan bukti lihat sahaja kes di Malaysia berkenaan iklan hari raya mereka tahu umat islam pasti perasan akan kewujudannya tetapi tetap dibuat kerana apa?? Mereka ingin kita menjumpainya tidakkah anda perasan walupun sudah ditarik balik tetapi berlambak di youtube dan dikupas dgn terperinci oleh sungguh banyak sekali blog2 di Malaysia tidakkah anda sedar anda secara x langsung menjadi pendakwah bagi mereka begitu juga dgn lagu2 cth lady gaga tidakkah anda perasan bahawa ia dibincang dibanyak blog seluruh dunia mereka secara x langsung melakukan penyebaran fahaman!!! kini fahaman ini sekarang tersebar luas keseluruh pelusuk dunia mereka sebenarnya sedang melakukan pendakwahan secara terang tetapi berselindung namun tetap menyeluruh fikirkan!!! betul ada yg menentang tetapi ada yg menyokong seluruh manusia kini perlahan-lahan membentuk 2 kelompok satu yg mempercayai tuhan dan satu lagi mempercayai syaitan kemudian “penjenayah yg hebat selalunya mempunyai tabiat buruk mereka selalunya akan meninggalkan tanda kerana ingin menunjukkan kehebatannya” baca part 8 ( mata satu) entri bersiri bukti kerajaan Amerika dan dunia penyembah syaitan.


2)Mengetahui sejarah itu penting tetapi yg lebih penting adalah apa yg dapat kita pelajari dari sejarah itu kerana sejarah selalunya berulang!!!

Illuminati adalah pihak yg bertanggunjawab disebalik hampir setiap revolusi,peperangan dan keganasan didunia ini tetapi apakah yg kita dapat pelajari daripadanya??mereka selalunya menggunakan taktik yg sama pecah dan perintah dan selalunya ada angka atau nombor disebaliknya jgnlah mempelajarinya untuk mengetahui sahaja tetapi gunakanlah pengetahuan tentangnya utk memikirkan apa yg mungkin mereka lakukan seterusnya.

Jika kita lihat kembali “tragedi” serta “keganasan” ini khasnya sejak pengumuman secara rasmi projek yg sebenarnya sudah dirancang lama projek terbesar mereka New World Order kita akan dapati terdapat angka2 yg dikaitkan dgn illuminati setiap projek besar selalunya sudah dirancang rapi segala proses dari awal hingga siap sesuatu projek sudah ditentukan dan disepakati oleh pihak2 yg terbabit aku berpendapat apa yg berlaku sejak pasca pengumuman NWO adalah direka “sbgi satu set” semua peristiwa merupakan plot2 yg telah ditentukan 11.9.1990 hingga 11.9.2001 adalah fasa pertama bermatlamat mewujudkan islamphobia dan 11.9.2001 hingga 11.9.2012 merupakan fasa kedua yg bermatlamat melaga-lagakan 2 penganut terbesar dunia islam dan kristian.Tidakkan ada perasan setiap 11 september ketegangan agama diantara 2 agama ini berada dikemuncaknnya kerana mereka illuminati menghangatkannya. Aku berpendapat akan ada satu lagi “fitnah yg besar” pada pagi 11.9.2012 sehingga mencetus satu huru-hara yg dahsyat. Aku berpendapat akan berlaku beberapa siri serangan dibeberapa tempat utama didunia sebaik sahaja temasya sukan olimpik berakhir ketika seluruh manusia sedang merayakan kemenangan pasukan masing2.Maka bermulalah serangan terancang dan menyeluruh ke atas umat islam di seluruh dunia.Apakah anda fikir tentera Nato di Iraq dan Afganistan untuk membantu mewujudkan kerajaan yg stabil sebelum mereka keluar??? Iraq jiran iran dan Afganistan pula jiran Pakistan!!!Palestin pula sudah terkepong!!Manakala dibarat khasnya Amerika darurat diumumkan komunikasi akan dikatakan terputus kesan serangan pengganas walhal ianya sengaja diputuskan jika umat islam di Amerika keluar rumah akan dibunuh tetapi dalam diam pada waktu itu satu demi satu rumah umat islam diserbu dan dibawa ke pusat2 tahanan FEMA concentration camp atas alasan pengganas.Setelah itu satu demi satu negara islam akan diserang yg mana negara islam sudah berjaya dikuasai oleh agennya penguatkuasa tempatan akan digunakan dgn bimbingan “PBB” atas nama memerangi keganasan yg mana negara islam tidak berjaya dikuasai oleh agen illuminati pada ketika itu akan diserang atas nama menjadi paksi keganasan.Huru-hara akan berlaku selama 101 hari selepas "fitnah yg besar"yg terjadi pada pagi 11.9.2012 kemudian New World Order akan dikuatkuasakan pada 21.12.2012. Renungkanlah disaat seluruh aset yahudi tv,radio,internet,NASA meyakinkan tarikh itu sebagi tarikh "kiamat" tetapi pelik mengapa persiapan yg dilakukan adalah persiapan perang bukan persiapan menghadapi kiamat??? pada pendapat aku mereka illuminati berkata begitu bagi mengaburi agenda sebenar dan melindungi persiapan perang besar-besaran yg sedang giat dilakukan .Tidakkah anda perasan betapa tungkus-lumus ulama islam mengatakan tarikh itu bukan kiamat serta meminta umat islam tidak terpengaruh dan berapa ramai umat islam yg mentertawakan persiapan besar-besaran yg dilakukan mereka aku percaya illuminati skrg sdg ketawa besar kerana berjaya memerangkap umat islam.

Nota:buat warga islam dibarat khasnya amerika aku merayu supaya keluar dari bandaraya utama setidak2nya satu hari pada 11.9.2012 melakukan aktiviti luar seperti berkhemah mendaki gunung melancong merupakan idea yg baik jgn sekali-kali duduk dirumah ianya tidak selamat
"ko ingat ko sorang jer betul" mungkin ada kebenarannya tapi utk isu ini aku harap aku salah kerana jika betul kematian bakal mencecah billion!!!

pandangan peribadiku ini tidak tepat kalau dikatakan ramalan tetapi lebih kepada perkiraan jika anda merasakan caraku salah aku terima kutukan tetapi harap renungkan situasi ini...

“seorang pejuang meletakkan segala clue2 yg ditemuinya di atas meja kemudian memerah otak memikirkan apakah agaknya yg dirancang pihak musuh seterusnya lalu megenalpasti ada ancaman kemudian berusaha mendapatkan sokongan pejuang2 yg lain yg sememangnya mengetahui kewujudan musuh tetapi masih tidak perasan akan wujudnya ancaman yg sgt serius itu dan dgn nada yg yakin menceritakan akan kesahihan ancaman itu dan berusaha pula mengejutkan pejuang yg sdg lena supaya bersiap sedia meghadapi serangan musuh” apakah tindakannya salah dan berdosa kerana membuat perkiraan bukan ramalan demi menyelamatkan keseluruhan pasukan seangkatan dari mengalami kekalahan yg teruk apakah anda tidak merasa keterlaluan mengatakan” ko ingat ko sorang jer yg pandai yg terer" walhal dia menghabiskan masa membahayakan diri dan telah berjalan jauh mencari anda demi menyelamatkan anda dan pasukan seangkatan dengan dirinya.Apakah nadanya yg yakin itu dikatakan sombong apakah jika mengatakan dgn teragak-agak pejuang yg lain akan mendengarnya sesungguhnya anda benar-benar membuatnya balik ke tempat asalnya di barisan belakang tidak bersuara lagi walupun akan terus berjuang tetapi dihantui perasaan yg sedih mengenang nasib yg bakal dilalui pasukannya dia dapat membayangkan dgn jelas kematian yg amat ramai sekali... namun sebelum dia beredar dia tetap menghabiskan ceritanya Cuma dipendekkan serta meninggalkan clue2 yg ditemuinya dan mengharap supaya difikirkan lalu beredar meninggalkan anda balik ke tempat asal dibarisan belakang mengharapkan anda memikirkannya dan berharap suatu hari bukan sahaja anda tetapi ramai lagi yg akan menyambung perjuangannya
INI ADALAH SIMBOL TGN ILLUMINATI



SIMBOL PEACE TRMSK JUGA SIMBOL ILLUMINATI
SIMBOL GAK

3)Penemuan sains itu penting tetapi yg lebih bermakna apakah teknologi atau manfaat yg dapat dihasilkan dari penemuan itu

Sekarang tedapat byk pendedahan tentang mereka ramai yg telah berjaya membongkar konspirasi mereka tetapi apakah yg kita buat utk menentangnya

Inilah sebenarnya matlamat aku!!! Aku tidak berminat mengetahui atau mempelajari apatah lagi menghuraikan illuminate secara terperinci namun begitu aku terpaksa juga melakukannya sedikit2 supaya anda mendengar apa yg ingin aku sampaikan

Waluapun kita mungkin berbeza pandangan tetapi aku rasa anda semua percaya illuminati penyembah syaitan mereka sudah lama mengerjakan kita dgn teruk

illuminati adalah pengganas sebenarnya


PERHATIKAN DIALOGNYA




mereka melukis gambar Rasullullah di facebook dan menghinanya





mereka membakar Al-quran di hari raya

Aku mengajak anda dont just free our mind let us fight it back!!!

1)aku mecadangkan 11 september hingga 21 disember setiap tahun kempen semua post kat wall facebook artikel,video,gambar yg menunjukkan 'illuminati pengganas sebenar"

2)jika dulu demo yg dilakukan membakar bendera israel dan amerika kita ubah dgn hanya membakar bendera isreal dan simbol2 illuminati sahaja

3)mengajak blogger supaya menulis tentang illuminati tetapi ini yg rumit sedikit, aku berharap penulisan itu nanti mengambarkan illuminati sbgi satu ancaman bukan penerangan yg lengkap seolah-olah secara x langsung berdakwah untuknya jika x semua artikel blog wujudkan segmen khas di setiap blog masing2 tidak kira apa jenis blog anda

4)gerakan rasanya tidak lengkap tanpa nama aku menamakan Anti illuminati Movement (AIM) terbuka utk bukan islam dan islam manakala Penyeru Kebangkitan Panji Hitam (PKPH) khas utk umat islam .Aku tau memang dah ada tapi aku berhasrat mewujudkan satu gerakan yg jelas hala tuju perancangan dan matlamat.Kemudian bergabung dgn gerakan2 seumpamanya.


Semua diatas hanyalah cadangan aku cara bagaimana mewujudkan kesiapsiagaan kalau2 pandangan peribadiku 11.9.2012 itu benar menjadi kenyataan

Sekali lagi aku memohon maaf diatas segala ketelanjuran diharap tiada lagi kutukan selepas ini kerana aku mendengar teguran anda dan setuju berundur ke barisan belakang tidak bersuara lagi segala artikel yg ada "hak cipta TIDAK terpelihara" jika percaya harap sebarkan copy paste amatlah digalakan kredit tidak diperlukan ku tinggal clue2 yg ku temui dgn harapan disiasat kesahihanya..

keyword

FEMA coffins,FEMA concentration camp,FEMA mass grave,population reduction,FEMA trains,inside FEMA trains,georgia guidestones,Operation blackjack,illuminati end game,HAARP,chemtrails,,sheikh imran hosein,NEW WORLD ORDER,illuminati,

peperangan ia bukan kebetulan ia dirancang!!!!
Sumber









Wednesday, August 24, 2011

Gurauan Yang Dituntut Islam

SELAIN mengumpat, satu daripada bencana yang dilakukan oleh lidah manusia ialah gurauan. Termasuk dalam istilah gurauan ini ialah kelakar, melawak, olok-olok dan berjenaka.
Abdus Samad Falembani dalam kitab Hidayatus Salikin menyebut gurauan sebagai ‘al-mizah’. Beliau membawa hadis Rasulullah yang bermaksud;
“Jangan engkau bantahi saudaramu dan jangan engkau perguraukan dia.”
(Hidayatus Salikin: 170). Menurut Imam al-Ghazali, bergurau itu ditegah syarak kerana ia membawa kepada banyak tertawa.

Banyak tertawa itu mematikan hati dan boleh ‘menanggalkan’ hati. Paling dahsyat, menurut beliau, ia boleh membawa atau mendorong kepada perbuatan derhaka. Ini berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud; “Seseorang lelaki yang berkata dengan suatu perkataan supaya rakannya tertawa maka dia dijatuhkan ke dalam neraka selama 70 tahun.” Imam Ghazali menasihatkan supaya manusia menjaga lidahnya daripada berkata-kata untuk menimbulkan gelak ketawa.

Kata-kata gurau senda sebenarnya boleh menghilangkan malu seseorang. Ini kerana dalam mencari bahan ketawa, manusia sanggup membuat cerita bohong dan tidak munasabah. Untuk mereka-reka bahan lucu, mereka membuat cerita yang ganjil dan tidak masuk akal dan kebanyakannya cerita dusta. Inilah puncanya orang yang membuat kelakar boleh hilang malu. Pada hakikatnya malu senjata orang beriman. Malu adalah alamat atau tanda orang yang beriman.

Yang paling mengaibkan, sebahagian daripada kita suka membawa cerita lucah atau separuh lucah dalam perkataan semata-mata untuk menimbulkan gelak ketawa orang lain. Rasulullah bersabda bermaksud; “Malu adalah cabang daripada iman.” Dalam sabda lain, baginda menyatakan; “Malu dan iman seganding. Apabila terangkat salah satu daripadanya maka terangkatlah kedua-duanya.” Dapat difahami daripada hadis ini, jika seseorang itu hilang perasaan malu daripada dirinya maka hilang jugalah imannya.

Namun begitu, bergurau ala kadar dibolehkan. Bagi sesetengah orang yang tidak tahan bergurau mungkin menimbulkan persengketaan atau perkelahian. Maka ini bertentangan dengan kehendak Islam. Firman Allah bermaksud; “Sesungguhnya orang beriman itu adalah
bersaudara maka perbaikilah hubungan antara kedua-duanya.” (al-Hujurat: 11). Justeru, elakkanlah bergurau, bersenda melampaui batas perasaan atau pemikiran rasional supaya ukhuwah sesama kita tetap terpelihara.



P/S: UTK PENGETAHUAN UMUM,UMAT ISLAM TIDAK BOLEH MENYAMBUT APRIL FOOLS DAY.HUKUMNYA HARAM.
HAL INI KERANA,SEJARAHNYA IALAH PADA HARI ITU UMAT ISLAM TELAH DPERBODOHKAN OLEH ORANG KAFIR.SANGGUPKAH KITA MENYAMBUTNYA???-WALLAHUALAM-

Sunday, August 21, 2011

Tanda 100 Hari Kematian


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hamba-Nya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam saja, sedangkan orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka ini akan dicabut tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi pada beberapa keadaan :
1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
3. Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.
4. Tanda 3 hari
Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
5. Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
6. Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Penutup
Sesungguhnya marilah kita bertakwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita termasuk di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda- tanda kematian ini; semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan baik dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri, dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita. Namun demikian, sesuai dengan sifat Allah SWT Yang Maha Kuasa lagi Pemurah, Maha Pengasih, maka diriwayatkan bahawa tarikh kematian seseorang manusia itu masih dapat diubah dengan amalan doa, baik doa dari kita sendiri maupun doa dari orang lain. Namun hal ini adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.
Oleh kerana itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan waktu dan kesehatan tubuh / badan dan juga fikiran dalam sedaya-upaya kita untuk mencari keredhaan Allah SWT di dunia mahupun akhirat kelak.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
Wallahu a’lam…
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya
“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.
Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.”
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.
Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati sebagaimana firman Allah SWT
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, ”
(Al-Imran :185)
Jadi bermula hari ini gunakanlah peluang yang berbaki untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan Husnul khatimah –
seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.
1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar.
Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan..

Wallahualam

Sunday, August 14, 2011

JIN DAN SYAITAN

Manusia tidak boleh melihat JIN dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t.telah memperkenankan permohonan Bapak JIN(ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak dapat dilihat. (JIN pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan dari cahaya di mana lebih hebat dari JIN).
Firman Allah (bermaksud): “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.”  - (Surah Al-A’raaf: 27).
Maka barang siapa yang mendakwa dia telah melihat JIN/ Syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia telah berdusta, kecuali dia memang seorang nabi. Sebab bagi para nabi melihat jin adalah suatu mukjizat (merupakan bukti kenabian).
Al-Qusyairi menyatakan, “Allah s.w.t sudah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak akan dapat melihat syaitan di dunia.”
Dalam buku ‘Aqidah Islam’, Prof. Sayyid Sabiq menulis, JIN atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat dilihat oleh mata (zahir). Tidak diketahui bagaimana bentuknya tetapi mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk lain, menyerupai sahabat terdekat, kekasih atau suami seorang wanita dan haiwan.
 Dalam hal ini (lebih-lebih lagi untuk waktu yang lama) adalah sesuatu yang sulit dilakukan oleh JIN mahupun syaitan. Ia memerlukan kondisi-kondisi jasmaniah dan psikologi yang membantu dan terjadinya pula pada waktu-waktu tertentu sejalan dengan kebolehan jin atau syaitan itu.
JIN dan syaitan sebenarnya menderita kesakitan sewaktu menukar jasadnya ke dalam bentuk asal. Ia memerlukan masa yang lama dan proses pertukaran ini mengalami penderitaan yang teruk.
Di samping itu ia juga takut akan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan risiko(kerana ia pun takut akan manusia) sama ada tertangkap atau mati dibunuh. Bila tertangkap dan dibaca kepadanya Ayat Kursi, nescaya akan menggeletar sehingga boleh mengalami stress berat dan akhirnya mati. Kalau tidak pun ia akan lemah-lunglai dan menjadi tidak bermaya.



Tahukah ANDA?
Mereka yang dapat melihat JIN/syaitan dalam bentukpenyemarannya dikatakan mata hitamnya (manusia) seperti berbentuk PIRAMID.
Bagi memastikan sama ada manusia sebenar atau makhluk halus yang menjelma sebagai manusia, maka ambil segenggam tanahdan gosokkan di lengannya. Kalau ia manusia sebenar maka tanah yang digosokkan tadi akan melekat dikulitnya.

Friday, August 5, 2011

BAU YG BUSUK DI NERAKA..

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya tujuh petala langit dan bumi sama mengutuk orang yang selalu berzina dan bau kemaluan pelacur di dalam neraka dapat mengganggu ahli neraka kerana sangat busuknya". (Riwayat al-Bazzar)
MenjauhiNya
Di antara sifat orang-orang mukmin yang sebenar adalah menjaga kemaluannya dari perbuatan zina kerana zina adalah termasuk dalam kategori dosa-dosa besar (al-kaba'ir) disamping menyekutukan Allah, meminum minuman keras, berjudi, mencuri dan membunuh.
"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk". (Al-Israa': 32)
Larangan zina yang digunakan di dalam al-Quran ini mempunyai makna yang sangat mendalam iaitu bukan hanya perzinaan sahaja dilarang, tetapi segala-gala yang menjadi pintu ke arah itu adalah dilarang sama sekali seperti memandang aurat wanita, mendengar perkara yang boleh menaikkan nafsu seperti kelunakan suara, bergaul bebas antara lelaki dan wanita, berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim dan sebagainya. Etika berpakaian juga harus dititikberatkan di mana pakaian seorang muslimah itu wajib memenuhi fungsi dasarnya iaitu menghindarkan seseorang dari dorongan berahi kerana jika aurat tidak ditutup dengan sempurna ia akan mengundang berlakunya kejadian rogol atau perbuatan zina yang boleh merosakkan maruah individu yang terlibat. Hari ini seakan menjadi "trend" kebanyakan pakaian yang dipakai terlalu pendek, ketat dan nipis. Fenomena seperti ini patut dicegah demi kesejahteraan seluruh masyarakat. Segala saluran yang dikira boleh membawa manusia kepada perzinaan seperti rumah-rumah pelacuran, disko-disko, rumah-rumah urut dan sebagainya hendaklah dicegah dan ditutup keseluruhannya. Jika tidak akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini.
Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: "Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga". (at-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Tiga golongan manusia yang Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menganggap mereka sebagai orang yang bersih, tidak melihat kepada mereka, dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dengan azab yang sangat pedih. Mereka ialah orang tua yang berzina, raja atau pemimpin yang suka berbohong dan orang miskin yang sombong". (Riwayat Muslim)

Allah S.W.T. amat benci kepada tiga golongan manusia. Tiga golongan tersebut adalah orang tua yang masih tidak meninggalkan perbuatan zina, pemimpin yang bercakap bohong dan orang miskin yang sombong. Segala perbuatan yang dilarang oleh agama hendaklah dijauhi dan seandainya seseorang itu terjerumus ke lembah dosa dan noda maka hendaklah dia segera bertaubat agar dosanya diampunkan oleh Allah. Siksaan di akhirat adalah amat pedih. Oleh itu selagi hayat dikandung badan, pergunakanlah masa sepenuhnya untuk memperbanyakkan amal ibadat agar kehidupan di dunia dan akhirat mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T. 
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
(Surah Al-Isra' 17 : Ayat ke 32)
\



Wednesday, August 3, 2011

SOALAN PUASA

D CNI TERDPT BEBERAPA SOALAN YG DBERIKAN..



1)Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2)Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.
Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.(SEPERTI YG DTRANG SBLUM NI)

3)Pil elak haid untuk puasa penuh :
Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Isu ini amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.
Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasaDemikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat. Sebahagian ulama seperti Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)
Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan mendesak buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.
Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa adalah lebih baik.
Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat 
Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramadhan. Pahala puasanya pula akan terhapus.Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa, beroleh keampunan dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa
Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.
Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-
كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ
Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)
Dan satu lagi adalah : -
 فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام
Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba datang seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-
"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)
Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )
Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

9) Wanita tamat haid
Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.
Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)
Dalilnya adalah :-
من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له
Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

10) Keluar air mazi
Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?
Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.
Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh
Mencium dan menyentuh melalui onani sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.
Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)
Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.
Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.
Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.





Setakat ni sajelah yg bole saya kongsi pon...ASSALAMUALAIKUM